IMPIANKU TAHUN 2019 & 2020

When money is not our concern anymore..

Bila cerita tentang impian, saya memang suka berangan. Ala bukan kena bayar pun, kan?😂 Antara impian saya dalam masa 2 tahun ni, saya nak ada income yang besar (10-15k). Bila ada income besar, saving saya pon mestilah banyak. Risau kalau takde saving in case ada kecemasan, boleh la guna duit saving tu. 


Lagi satu, saya tak suka bila takde duit. Susah nak belanja, kena catu beli tu, beli ini. Paling tak sanggup bila anak/ family sebut teringin nak makan kat situ, teringin nak makan ni, tapi Mama takde duit. Mama kan memang jenis tak sampai hati kalau tak sempurnakan hajat dorang. Taknak lah asyik Babah je belanja, sekali-sekala Mama nak jugak belanja makan. 


Bila banyak duit, kita rasa "secure". Kalau ada sedara/ kawan terdekat memerlukan bantuan, nah senang je kita bagi. Nak bantu hal-hal kebajikan (masjid, tahfiz, rumah kebajikan) pun kita bagi tanpa berkira-kira. Depan Kaabah hari tu, antara doaku, Aku nak jadi macam Siti Khadijah, wanita kaya yang dermakan hartanya ke jalan Allah. Aku nak menyumbang kembali pada agamaku, bangsa, dan negara. Amin. 


Dalam masa 2 tahun ni juga, saya nak sihat, fit, cantik. So, kenalah amalkan saranan Shaklee -- makan makanan yang sihat, bersenam & ambil supplement. Setakat ni bersenamlah yang paling saya malas! haha. Tapi impian berkuburlah kalau saya tak work for it. Brisk walking pon ok, kan? Makanan sihat tu memang dah start amalkan. Supplement, alhamdulillah dah 2 tahun konsisten Shaklee dan dah dapat #Shakleeeffect. Cantik tu saya percaya bila kulit muka bersih, licin, halus & tanpa bantuan mekap, itu dah cukup cantik! Shaklee kan ade😉


Selain tu, saya nak besarkan organisasi. Organisasi yang besar dan aktif tanda perkembangan bisnes yang positif. Makin besar sesebuah organisasi, maka makin besarlah incomenya.  Dan ianya bukan sekadar organisasi, tetapi lebih kepada hubungan family. Siapa nak joint venture bina bisnes bersama saya, jom saya bantu💪💪


Saya juga impikan kediaman yang selesa buat family, saudara-mara & teman2. Saya happy bila mereka rasa selesa. Nak coaching anak cucu pun best, ajak datang rumah je. Konsep? simple, minimalist, modern, english😍


Saya juga nak bawa mak abah travel ke luar negara dengan pakej mewah. Mereka dah tua, jadi keselesaan mereka adalah keutamaan saya. Mereka ada sebut nak ke Istanbul. InsyaAllah, Istanbul aku datang!!


Semoga Allah beri kesempatan untuk tunaikan impian2 saya ini. 



Comments

Popular Posts